Sunday, February 27, 2011

MASJID AL-JAMIUL MAKMUR



DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
DISEDIAKAN OLEH: NUR HANNA DIYANA BT HANUDDIN
GROUP: ASD2Fn
NO ID: 2010405648
PROGRAM: DIPLOMA SAINS (AS120)



TARIKH HANTAR: 28 FEBRUARI 2011

ISI KANDUNGAN:
  •       PENGHARGAAN
  •       ABSTRAK
  •       PENDAHULUAN
  •       HURAIAN
  •    SUDUT GALERI
  •       PENUTUP
  •       RUJUKAN

.:PENGHARGAAN:.
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merakamkan penuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
      Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin, pensyarah ctu 151, diatas kesudian beliau member tugasan ini kepada saya. Beliau banyak memberi bantuan, nasihat dan dorongan semasa saya mnyempurnakan tugasan ini. Bimbingan dan tunjuk ajar yang dihulurkan beliau banyak membantu kejayaan tugasan ini. 
     Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Idrus Bin Ismail yang sedia berkongsi maklumat dan pengalaman. Semangat kesabaran, pembacaan yang teliti terhadap maklumat yang diberi serta maklumbalas daripada beliau yang meyakinkan amat membantu untuk menyempurnakan tugasan ini.
     Pada kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan serta bantuan mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh saya menyempurnakan tugasan ini. 
    Tidak lupa juga kepada kawan seperjuangan yang menemani dan menghulurkan bantuan, motivasi seta berjuang besama- sama saya dalam menyempurnakan tugasan ini.Dengan adanya mereka, idea- idea yang bernas dapat disumbangkan semasa saya ketandusan idea.
    Akhir sekali terima kasih kepada pihak- pihaki yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini disiapkan.


MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Kulim merupakan salah satu daripada daerah negeri Kedah Darul Aman. Ia berada di bawah Majlis Perbandaran Kulim. Daerah kulim mempunyai 15 mukim iaitu Lunas, Kulim, Sungai Ular, Karangan, Junjung, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Keladi, Padang Cina, Naga Lilit, Sedim, Sidam Kanan, Padang Meha dan Mahang.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dalam membangunkan daerah Kulim ini. Salah satu kemudahan yang sangat diambil perhatian ialah rumah ibadah. Rumah ibadah yang paling membangun disini adalah Masjid Jamiul Makmur. di sini terdapat serba sedikit tentang Masjid Al-Jamiul Makmur...
Ø  SEJARAH MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  KEISTIMEWAAN MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  JAWATANKUASA MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  SURAU DIBAWAH NAUNGAN QARIAH MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  AKTIVITI MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  SUMBER PENDAPATAN MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  MASALAH YANG DIHADAPI MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
Ø  TINDAKAN YANG DIAMBIL MASJID AL-JAMIUL MAKMUR




.:PENDAHULUAN:.
Seperti yang kita tahu, masjid merupakan salah satu daripada pusat beribadah. Masjid merupakan pusat beribadah untuk setiap umat Islam di muka bumi ini. Ia juga sering diperkatakan sebagai rumah Allah s.w.t. Ia merupakan tempat untuk menunaikan solat. Masjid bukan sahaja bangunan untuk manunaikan solat, malah ia merupakan tempat untuk memperkembangkan dakwah, perjumpaan antara pendakwah, pusat kebudayaan serta pusat aktiviti umat Islam. Sejak zaman Rasulullah lagi masjid sudah dibina. Disini dapat menunjukkan betapa pentingnya masjid terhadap umat Islam. Reka bentuk sesuah masjid dapat membezakan mereka daripada pusat ibadah agama lain iaitu melalui menara masjid dan kubahnya. Menara masjid dibina bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan. Di bahagian ruang solat terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab merupakan ruang untuk imam menunaikan solat manakala mimbar merupakan tempat khatib menyampaikan khutbah. Di setiap masjid akan mempunyai ruang untuk berwudhu. Ruang ini disediakan supaya setiap umat Islam yang dating dapat menyucikan diri mereka sebelum menunuaikan solat. Agama islam sangat mementingkan kebersihan. Kebarsihan melambangkan kesucian.

.:SEJARAH MASJID AL-JAMIUL MAKMUR:.
Nama diberi Masjid Al-Jamiul Makmur. Masjid ini telah ditubuhkan pada 6 Jun 1971 bersamaan 12 Rabiulawal 1391 dan dirasmikan oleh YMM Tunku Abdul Malek Ibni Al-Marhun Sultan Badlishah D.K., S.P.M.K., S.B. Sebelum masjid ini dikenali sebagai Masjid Al-Jamiul Makmur, ia lebih dahulu dikenali sebagai Masjid Ma’amor. Masjid pertama yang dibina sekitar tahun 1900-an hanya lah bertiangkan kayu. Manakala masjid kedua diperbuat daripada batu dan heksegonal. Masjid ketiga yang dibina, merupakan masjid yang sedia ada sekarang. Batu asas untuk pembinaan masjid ketiga ini telah diletakkan dan dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Masjid ketiga tersebut telah dirasmikan pada 27 Februari 1970 bersamaan 21 Zulhijjah 1389. Ketiga- tiga peringkat pembinaan Masjid Al-Jamiul Makmur dibina di tapak yang sama yang sedia ada sehingga sekarang.

.:KEISTIMEWAAN MASJID AL-JAMIUL MAKMUR:.
Ø  Terletak di persimpangan Jalan Bukit Awi
Ø  Dapat memuatkan lebih kurang 1500 orang
Ø  Reka bentuk bangunan yang unik
Ø  Antara masjid yang tertua di negeri Kedah
Ø  Masjid yang tertua di daerah Kulim
Ø  Terdapat pondok untuk kanak-kanak yang hadir
Ø  Mempunyai perpustakaan iaitu Perpustakaan Masjid Al-Jamiul Makmur
Ø  Mempunyai kelas KAFA dan TASKI
Ø  Mempunyai pengawal keselamatan
Ø  Ruang meletak kenderaan yang mencukupi
Terdapat dua bahagian untuk menunaikan solat
mempunyai dua tingkat untuk menunaikan solat


.:JAWATANKUASA MASJID JAMIUL MAKMUR:.
Ø  PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
TUAN HAJI IDRUS BIN ISMAIL
Ø  NAIB PENGERUSI JAWATANKUASA MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
TUAN MOHD YAHYA BIN DAUD
Ø  SETIAUSAHA JAWATANKUASA MASJID AL-JAMIUL MAKMUR
TUAN HAJI AHMAD BIN ABDULLAH
Ø  BENDAHARI JAWATANKUASA MASJID AL-JAMUIL MAKMUR
TUAN HAJI AHMAD BIN MAN
Ø  PENGERUSI JAWATANKUASA BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN
TUAH HAJI AHMAD BIN ABDULLAH
Ø  PENGERUSI JAWATANKUASA BIRO EKONOMI
TUAN HAJI ABDUL MOHSIN REJALUDIN BIN HAJI HASSAN 
Ø  PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN
TUAN HAJI YAHYA DAUD
Ø  PENGERUSI BIRO UKHUWAH DAN KEBAJIKAN
TUAN HAJI ABU BAKAR BIN HAJI YAHAYA
Ø  PENGERUSI BIRO HAWA
PUAH HAJJAH NORAH BINTI ABDULLAH 

.:SURAU DIBAWAH NAUNGAN QARIAH MASJID AL-JAMIUL MAKMUR:.
Ø  Surau Al-Kahfi, Taman Berlian
Ø  Surau Mahmudiah, Kampung Dusun
Ø   Surau Noorul Hidayah, Taman Sri Kulim
Ø  Surau An-Nur, Taman Delima
Ø   Surau An-Najah, Taman Jati 
Ø   Surau Raudhatussalam, Taman Keranji/Beringin.
Ø  Surau Al-Kausar, Taman Seri Petaling
Ø  Surau Al-Wathan, Kampung Padang Tembak.
Ø   Surau Al-Muhajirin, Taman Tunku Putra Fasa 5
Ø  Surau Taman Selasih Fasa 3
Ø  Surau An-Nur, Taman Cendana.
Ø  Madrasah Ihsaniyah, Simpang Tiga Keladi
Ø   Surau Darul Taqwa, Taman Merpati

.:AKTIVITI MASJID AL-JAMIUL MAKMUR.:
Ahli jawatankuasa Masjid Al-Jamiul Makmur terdiri daripada Biro Dakwah dan Pendidikan, Biro Kebajikan dan Ukhwah, Biro Ekonomi, Biro Hawa dan Biro Pembangunan. Setiap biro tersebut mempunyai aktiviti tersendiri yang perlu dilaksanakan oleh mereka.

BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN:
Biro dakwah dan pendidikan berperanan dalam menjalankan aktiviti keagamaan dan pendidikan. Antara aktiviti yang dijalankan oleh biro ini ialah, pada bulan ramadhan iaitu pada setiap pagi selepas solat subuh, biro ini akan mengadakan kuliah tajwid dan bacaan al-quran, mengadakan majlis tazkirah selepas solat jumaat. Biro ini juga berperanan untuk mendapatkan imam tahfiz untuk dijadikan sebagai imam untuk solat terawih. Imam tahfiz ini akan dibawa ke masjid ini sebelum puasa yang pertama dan meraka akan diberi penempatan selama sebulan mereka di masjid ini untuk mengimarahkan masjid ini dengan solat sunat terawih. Biro ini juga akan menyediakan jadual berbuka dan moreh pada bulan ramadhan. Selain itu, biro ini juga akan mengadakan tadarus setiap malam selepas solat sunat terawih dan mereka akan menyediakan dan memberikan cenderamata untuk peserta-peserta tadarus pada malam tarakhir bertadarus. Contoh cenderamata yang diberikan adalah seperti sejadah, buku tajwid dan al-quran. Kesemua cenderamata tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai. Pada bulan ramadhan juga, biro ini akan menganjurkan program qiamullail pada 10 malam terakhir ramadhan. biro ini bertanggungjawab terhadap anak qariah yang hadir ke program qiamullail ini dengan menyediakan sahur.
Pada bulan selain daripada bulan ramadhan, biro ini berperanan mengadakan kuliah pengajian seperti kuliah subuh pada setiap pagi jumaat, menganjurkan kursus-kursus tertentu seperti kursus ibadat haji dan umrah sebanyak 20 siri bersamaan dengan 20 minggu. Biro ini juga telah mngadakan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah Kulim dan ABIM Daerah Kulim untuk mengadakan kelas KAFA dan TASKI. Biro ini juga tidak akan terlepas dari menganjurkan majlis untuk menyambut hari kebesaran umat islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Nuzul Al-quran, Hari Raya Adha dan Hari Raya Aidilfitri.

BIRO UKHWAH DAN KEBAJIKAN:
Biro ini berperanan dalam menyenaraikan anak-anak yatim dalam qariah, dan mengenal pasti penduduk-penduduk miskin dalam qariah untuk melancarkan proses pemberian zakat kepada fakir miskin dan golongan yang berhak. Biro ini juga berperanan dalam mengadakan aktiviti gotong- royong membersihkan masjid dan kawasan sekitar masjid serta berperanan dalam menguruskan jenazah seperti menyediakan perkhidmatan van jenazah untuk dalam qariah dan luar qariah, memandikan jenazah, mengorek liang lahad,sembahyang jenazah dan bacaan talqin.

BIRO EKONOMI:
Biro ekonomi berperanan dalam memastikan keselesaan kepada jemaah masjid. Biro ini perlu menguruskan peralatan masjid, tabung waqaf, tabung derma dan perlu menguruskan kesemua tanah waqaf masjid.Biro ini perlu mendapatkan sumbangan serta peruntukan bagi menaik tarafkan masjid untuk keselesaan orang ramai.

BIRO HAWA:
Biro ini diadakan khas untuk muslimat. Biro ini berperanan mengadakan kelas- kelas pengajian untuk muslimat. Selain dari itu, biro ini memain peranan penting dalam soal menyediakan makanan untuk jemaah masjid terutamanya untuk moreh pada bulan ramadhan. biro ini juga akan menjalankan program ziarah anak qariah yang ditimpa nasib malang seta memberikan seba sedikit sumbangan untuk meringankan beban anak qariah. Biro ini juga tidak akan terlepas dari melakukan perbincangan dengan biro HAWA dari qariah yang lain untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang berbeza-beza supaya aktiviti yang dianjurkan berjalan dengan lancer tanpa sebarang gangguan masalah.


BIRO PEMBANGUNAN:
Keselesaan adalah matlamat biro ini. Biro pembangunan berperanan dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan masjid, melakukan baik pulih terhadap kerosakan yang dialami oleh masjid serta membeli peralatan yang diperlukan oleh masjid. Biro ini juga sentiasa menganjurkan program membersihkan kawasan masjid serta kawasan sekitar masjid terutamanya tanah perkuburan. Persekitaran yang bersih melambangkan kesucian dan ia dapat menenangkan jiwa para jemaah yang hadir.

.:SUMBER PENDAPATAN MASJID AL- JAMIUL MAKMUR:.
Untuk menjalankan aktiviti, masjid memerlukan peruntukan. Jadi, pihak masjid telah mendapatkan sumber pendapatan melalui tabung khairat, tabung kursus haji, tabung jumaat, dan tabung pengajian. Wakil-wakil rakyat juga tidak ketinggalan dalam memberi perutukan untuk pihak masjid dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.  Pendapatan dari sewa rumah kediaman dan bangunan kedai milik Masjid dan juga sewa tapak perniagaan di atas tanah waqaf milik Masjid juga merupakan salah satu sumber pendapatan masjid Al-Jamiul Makmur.

.:MASALAH YANG DIHADAPI MASJID AL-JAMIUL MAKMUR:.
Setiap aktiviti yang dirangcang dan dijalankan tidak kesemuanya memberi hasil yang memuaskan. Masalah yang dihadapi oleh pihak masjid ini ialah, aktiviti yang dianjurkan kurang mendapat perhatian daripada anak qariah. Selain itu, aktiviti yang dirancang hanya akan diuruskan oleh biro yang bertanggungjawab. Tidak ada sikap tolong menolong dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. Kes kecurian seperti telefon bimbit, tas tangan serta kasut juga sering berlaku di dalam kawasan masjid ini. Masalah ruang yang tidak mencukupi disebabkan para jemaah yang ramai telah menjadi isu yang besar kerana para jemaah yang tidak dapat masuk ke dalam saf terpaksa menunaikan solat meraka diatas tar jalan. Jumlah para jemaah yang ramai dan ruang masjid yang luas menyebabkan masjid menghadapi masalah dalam segi peralatan iaitu, pembesar suara yang tidak mencukupi.

.:TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH MASJID AL-JAMIUL MAKMUR:.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Tindakan pertama yang diambil oleh ahli jawatankuasa ialah dengan mengadakan mesyuarat dan berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. Rujuk merujuk kepada yang pakar memang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Jikalau penemuan dalam perbincangan masalah tidak dapat diselesaikan, alternanif lain perlu diambil iaitu dengan merujuk kepada Pegawai Agama Daerah Kulim. Jika masih tiada jalan penyelesaian daripada Pegawai Agama Daerah Kulim,  ahli jawantankuasa perlu merujuk masalah tersebut kepada Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Bagi mengatasi masalah para jemaah yang ramai, pihak masjid telah membesarkan ruang solat supaya semua jemaah yang hadir dapat menunuaikan solat mereka dengan selalu dan pihak masjid juga telah menletakkan alat pembesar suara dan televisyen di setiap ruang bagi memudahkan para jemaah melihat serta mendengar khutbah ataupun kuliah yang diadakan. Selain itu, pihak masjid juga mengambil serius tentang kes kecurian yang berlaku dikawasan masjid dengan menempatkan penjaga. Dengan adanya penjaga yang mengawasi kawasan masjid, kes kecurian dapat dielakkan.

.:SUDUT GELERI:.



      sudut pandangan hadapan masjid dari seberang jalan.



rak kasut disediakan supaya kasut tersusun   dengan rapi dan mengelakkan daripada berlaku kecurian.



tabung khairat yang diletakkan dihadapan pintu masuk memohon sumbangan ikhlas dari jemaah yang hadir ke masjid ini.
mimbar yang menempatkan imam untuk memberi khutbah jumaat pada hari jumaat. Mimbar ini dibina tinggi supaya jemaah yang hadir dapat melihat dengan jelas imam yang sedang memberi khutbah. 

Tersusun kemas. Rak yang menempatkan al-quran dan terjemahan al-quran.

Salah satu daripada perhiasan yang terdapat di masjid Al-Jamiul Makmur ini. kebanyakan perhiasan yang ada di masjid ini adalah sumbangan ikhlas dari orang ramai. 




Perpustakaan masjid Al-Jamiul Makmur. bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini adalah hasil daripada wakaf dan dermaan ikhlas dari orang ramai. Bahan bacaan yang ada telah didaftar mengikut number yang ada untuk memudahkan proses penyusunan dan pencarian. perpustakaan ini juga mempunyai peraturannya sendriri. Setakat ini, perpustakaan masjid ini telah berjaya mengumpul lebih daripada 1000 buah bahan bacaan.









suasana untuk menunaikan solat yang amat menenangkan. Pembesar suara diletakkkan di setiap tiang bagi memudahkan para jemaah mendengar suara imam yang sedang menunaikan solat, memberi kuthbah dan kuliah. Ini secara tidak langsung telah menyelesaikan masalah yang pernah ketika dahalu dimana masjid ini mempunyai ruang yang besar tetapi para jemaah yang hadir tidak dapat menunaikan solat dengan kusyuk kerana suara imam tidak kedengaran


Selain itu, televisyen diletakkan disetiap sudut masjid bagi memudahkan para jemaah yang hadir tetapi tidak dapat melihat imam. siaran langsung imam yang sedang memberi kuthbah akan dipaparkan di televisyen tersebut.

Kotak-kotak kecil di tepi dinding itu merupakan tabung derma.  Tabung derma tersebut disediakan untuk setiap saf bagi memudahkan jemaah yang ingin memberi sumbangan ikhlas kepada masjid. hal ini dilakukan kerana, sebelum ini para jemaah yang hadir pernah mengalami kesusahan untuk memberi sumbangan disebabkan hanya terdapat sebilangan kecil sahaja tabung derma.

Masjid Al-Jamiul Makmur mempunyai dua bahagian. Bahagian ini merupakan bahagian kedua masjid menakala bahagian pertamanya adalah selepas pintu gerbang yang ditunjukkan didalam gambar ini

Ruang ini merupakan ruang tambahan kepada para jemaah yang hadir jikalau tempat tidak mencukupi. jika tempat solat mencukupi, ruang ini akan diberikan kepada kanak- kanak yang belum baligh untuk menunaikan solat. Masjid Al- Jamiul Makmur tidak akan mengetepikan hak kanak- kanak kerana bagi mereka, kanak- kanak perlu diberi pendedahan awal tentang solat.

Pondok tersebut merupakan tempat untuk perempuan yang uzur dan kanak- kanak yang hadir ke Masjid Al- Jamiul Makmur. Dengan adanya pondok tersebut, mereka ini dapat berehat dan menunggu ahli keluarga mereka yang sedang menunaikan solat di masjid ini dengan selesa.


Bilik tersebut merupakan bilik mesyuarat untuk ahli jawatankuasa masjid. Perbincangan dan sebagainya antara ahli jawatankuasa akan diadakan di bilik tersebut dengan selesa. Keadaan yang selesa dapat membuatkan perbincangan berjalan dengan lancar.

Salah satu daripada peringatan kepada para jemaah yang hadir ke masjid ini. Kes kecurian sering berlaku seketika dahalu. Akan tetapi, masjid telah meletakkan penjaga di masjid ini untuk mengelakkan kecurian. Tetapi, setiap jemaah perlu juga mengingati dan tidak cuai terhadap barang peribadi sendiri.

Suasana perkarangan Masjid Al-Jamiul Makmur. Terhias indah dengan pintu gerbang yang menyambut kedatangan jemaah yang hadir ke masjid ini. Para jemaah boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan ini, ataupun di bahagian belakang masjid.

Keadaan kubur Masjid Al-Jamiul Makmur. Indah tanpa sebarang semak. kubur ini dijaga rapi. Kerja-kerja membersihkan kubur kerap dilakukan oleh anak qariah yang ikhlas membantu.



Taksi Al-Amin. salah satu pendidikan yang dijalankan oleh pihak masjid dengan kerjasama ABIM Daerah Kulim.

Disini merupakan pejabat ABIM Daerah Kulim dan Padang Serai. pejabat ini ditubuhkan disini untuk memudahkan pihak masjid dan ABIM berinteraksi antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti yang dianjur dengan lancar.



Sekolah KAFA ditubuhkan berhampiran dengan TASKI. ia merupakan kelas fardhu ain.

Saiz kelas KAFA yang boleh memuatkan ramai pelajar
4 Februari 2011 (10.00pagi) Nasib menyebelahi, dapat melihat sepasang pengantin yang sedang diijab kabulkan oleh Ustaz Hamid.


.:PENUTUP:.
Masjid Jamiul Makmur merupakan salah satu pusat ibadat dan ilmu yang terdapat di daerah Kulim. Tanpa disedari, masjid ini telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama di kalangan anak qariah kerana masjid ini memeentingkan pengajaran ilmu iaitu tajwid, al-quran, tata tertib sebagai umat islam dan  sebagainya. Selain itu, dengan adanya naungan qariah masjid ini, hubungan silaturahim dapat dieratkan kerana jemaah yang hadir untuk menunaikan ibadah dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan terdiri daripada pelbagai taman perumahan. Ini secara tidak langsung juga dapat menanam sifat- sifat murni dalam kalangan jemaah yang hadir untuk mengimarahkan masjid. Yang hadir pasti akan menghulurkan bantuan, tidak kira dalam bentuk kewangan mahupun tenaga dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan.

.:RUJUKAN:.
Saya melakukan tugasan ini dengan merujuk kepada Pengerusi Masjid Al-Jamiul Makmur iaitu Tuan Haji Idrus bin Ismail. Seketika dahulu, beliau pernah menjadi guru kepada saya semasa saya menuntut di sekolah Kafa. Saya juga merujuk kepada Encik Muslim bin Haji Paoh serta Haji Hamid iaitu bilal masjid. Tidak ketinggalan juga Haji Abu Bakar bin Yahya.


MASJID AL-JAMIUL MAKMUR